General - Terms & Conditions

NOTIS PRIVASI DIGI

Notis Privasi ini menjelaskan cara kami mengumpul, mengguna, memproses dan menyimpan Data Peribadi anda apabila anda melanggan mana-mana produk dan perkhidmatan kami, termasuk infrastruktur dan rangkaian telekomunikasi, aplikasi, perkhidmatan dan penyelesaian digital atau melawat mana-mana cawangan pejabat, Digi Store, atau laman web kami (secara kolektif dirujuk sebagai "Perkhidmatan").

Notis ini (terpakai kepada) pemprosesan Data Peribadi yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, di mana anda boleh dikenalpasti sebagai individu, dan merangkumi data peribadi sensitif. Data Peribadi merangkumi nama, alamat, atau alamat emel, serta data seperti data demografi, data yang berkaitan dengan peranti, rekod panggilan, pengecaman atas talian, dan data lokasi.

Sila baca Notis ini bersama dengan Terma Perkhidmatan bagi perkhidmatan yang anda gunakan, yang mungkin tertakluk kepada syarat tambahan bagi perkhidmatan tertentu ke atas maklumat peribadi yang dikumpulkan daripada anda dan aktiviti pemprosesan yang berkaitan.

Kami telah meringkaskan Notis Privasi ke dalam infografik. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 1 Oktober 2021

PERUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI

Kami telah mengemaskini Notis Privasi ini untuk memperkasa anda membuat keputusan yang terbaik mengenai maklumat yang anda kongsi dengan kami.

Pengemaskinian ini berkuat kuasa pada 1 Oktober 2021. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami pada atau selepas tarikh tersebut, anda akan menyetujui semakan ini. Anda harus membaca dokumen secara lengkap, tetapi pengemaskinian utama dalam Notis Privasi kami adalah:

  • Kategori Data Peribadi yang dikumpulkan, dan
  • Pemprosesan baharu Data Peribadi untuk membantu penilaian skor kredit alternatif.

Klik sini untuk Notis Privasi yang sebelumnya.
 

1.   SIAPAKAH DIGI?

Digi Telecommunications Sdn Bhd (dan Kumpulan Telenor, di mana kami merupakan sebahagian daripadanya) (dirujuk sebagai "Digi" atau "kami") komited dalam melindungi dan menghormati privasi anda.

Digi adalah penyedia perkhidmatan sambungan mudah alih dan Internet. Pejabat kami terletak di Lot 10, Jalan Delima 1/1, Subang Hi-Tech Industrial Park, 40000 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
 

2.   APAKAH KESAHIHAN PEMPROSESAN?

Digi akan memproses Data Peribadi anda berdasarkan:

2.1Perlaksanaan kontrak anda dan bertindak atas permintaan anda. Contohnya, membolehkan anda membuat panggilan dan menghantar teks, melayari internet di telefon anda dan membolehkan kami menjana bil berdasarkan penggunaan anda.

2.2Kepentingan perniagaan yang sah, sebagai contoh, pencegahan penipuan, menjaga keselamatan rangkaian dan perkhidmatan kami, pemasaran langsung dan peningkatan dalam perkhidmatan kami. Setiap kali kami merujuk kepada asas kesahihan ini untuk memproses data anda, kami menilai kepentingan perniagaan kami untuk memastikan semua perkara tidak melanggar hak anda. Untuk maklumat lanjut tentang hak anda, sila layari bahagian 'Apakah Hak Anda?' di bawah.

2.3Pematuhan kepada undang-undang mandatori, termasuk keperluan perakaunan dan cukai, dan sebarang permintaan yang sah daripada pegawai kerajaan atau penguatkuasa undang-undang.

2.4Persetujuan yang anda berikan di mana Digi tidak bergantung kepada asas perundangan yang lain. Apabila anda memberi persetujuan, anda boleh menarik balik pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut tentang hak anda, sila layari bahagian 'Apakah Hak Anda?' di bawah.
 

3.   BILA KAMI MENGUMPUL MAKLUMAT PERIBADI ANDA?

Kami mengumpul maklumat peribadi anda dalam tiga cara:

3.1Maklumat yang anda berikan kepada kami apabila anda:

(i)Mendaftar atau melanggan mana-mana Perkhidmatan kami,

(ii)Menghubungi kami melalui pelbagai saluran atau meminta maklumat mengenai Perkhidmatan kami,

(iii)Mengambil bahagian dalam pertandingan, cabutan hadiah atau kaji selidik,

(iv)Memaparkan maklumat anda secara terbuka, dan

(v)Merupakan pelanggan kepada perniagaan milik kami.

3.2Maklumat yang kami kumpulkan secara automatik apabila anda:

(i)Menggunakan perkhidmatan kami,

(ii)Melayari mana-mana laman web kami, kami menggunakan kuki (fail teks kecil yang disimpan dalam penyemak imbas anda) dan teknik lain seperti suar web (fail gambar kecil yang jelas digunakan untuk mengesan pergerakan anda di laman web kami). Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini dan cara memilih keluar, sila layari 'Notis Kuki'.

(iii)Melawat mana-mana cawangan pejabat kami / Digi Store, kami juga boleh mengumpul maklumat mengenai anda melalui CCTV sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan dan pencegahan jenayah kami.

3.3Maklumat dari sumber lain, seperti agensi pencegahan penipuan, direktori perniagaan, agensi pelaporan kredit, institusi kewangan, rakan kongsi perniagaan, dan penyedia rangkaian yang berkaitan:

(i)Sebelum memulakan Perkhidmatan anda,

(ii)Apabila anda berinteraksi dengan kami di media sosial, atau

(iii)Sekiranya anda telah memberi kebenaran kepada syarikat lain untuk berkongsi maklumat mengenai anda.
 

4.   APA YANG KAMI KUMPULKAN?

Digi mengumpul, menyimpan, mengguna dan memproses Data Peribadi anda selama tempoh Perkhidmatan berdasarkan undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

4.1Maklumat berkaitan akaun

(i)Nama

(ii)Alamat

(iii)Nombor telefon dan/atau telefon bimbit

(iv)Tarikh lahir

(v)Jantina

(vi)Alamat e-mel

(vii)Nombor kad pengenalan

(viii)Gambar

(ix)Rakaman CCTV

(x)Rakaman video

(xi)Rakaman suara

(xii)Pengecaman biometrik

(xiii)Perakuan akaun (termasuk nama dan kata laluan)

(xiv)Maklumat berkaitan keselamatan yang digunakan bagi pengesahan

(xv)Maklumat berkaitan langganan

(xvi)Acara, promosi, dan/atau penyertaan dalam kaji selidik

(xvii)Maklumat kad kredit atau debit

(xviii)Kod Swift dan kod pembayaran lain

(xix)Amaun dan kaedah pembayaran

(xx)Sejarah pembelian

4.2Maklumat berkaitan Perkhidmatan

(i)Kesambungan dan prestasi rangkaian (termasuk kelajuan, aliran trafik, dan kapasiti)

(ii)Kesambungan dan prestasi internet (termasuk kelajuan, aliran trafik, dan kapasiti)

(iii)Lokasi GPS

(iv)Alamat IP

(v)Lokasi Menara dan sel dan/atau pengecaman

(vi)Nombor kad SIM (IMSI atau ICCID)

(vii)Rekod dan penggunaan SMS (termasuk SMS yang dihantar dan diterima)

(viii)Rekod dan penggunaan panggilan (termasuk panggilan yang dibuat dan diterima)

(ix)Rekod dan penggunaan perayauan

(x)Penggunaan dan baki internet

(xi)Penggunaan apliksai dan ciri perkhidmatan

(xii)Alamat laman web yang anda layari sebelum dan selepas

(xiii)Aktiviti pelayaran dan pembelian

(xiv)Atribut yang dikumpulkan melalui kuki, suar web, dan teknologi lain

4.3Data Peribadi Sensitif

(i)Rekod kesihatan fizikal dan/atau perubatan (termasuk pernyataan suhu badan dan kesihatan anda)

(ii)Kaum/ etnik

(iii)Kepercayaan agama

(iv)Sabitan jenayah

(v)Pendapat politik

Digi hanya mengumpulkan Data Peribadi Sensitif apabila anda memberikan kami maklumat ini secara sukarela atau maklumat tersebut diperlukan atau pengumpulan tersebut dibenarkan oleh undang-undang.

Kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda dan/atau memberi perkhidmatan kami atas sebab-sebab seperti:

(i)Sekiranya anda gagal memberikan maklumat peribadi yang diperlukan;

(ii)Jika maklumat peribadi yang diberikan tidak lengkap dan tidak tepat; dan/atau

(iii)Jika anda menarik balik persetujuan untuk memproses maklumat peribadi anda

Sehubungan dengan permintaan anda, kami juga mengumpulkan Data Peribadi wakil dan/atau penjaga yang dilantik. Sekiranya anda memberi maklumat sedemikian kepada kami, dianggap bahawa anda telah mendapat persetujuan mereka untuk berkongsi maklumat tersebut dengan Digi.

Perkhidmatan kami mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga, atau akses kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga. Kami tidak mempunyai kawalan terhadap bagaimana laman web dan perkhidmatan tersebut memproses Data Peribadi anda dan kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi mereka. Sila baca polisi privasi mana-mana laman web atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang anda akses melalui Perkhidmatan kami.
 

5.   BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKANNYA?

Digi boleh menggunakan dan memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan berikut:

5.1Untuk memberikan anda Perkhidmatan kami

(i)Penyediaan Perkhidmatan

  • Untuk memproses pendaftaran akaun dan pembelian Perkhidmatan baharu.
  • Untuk meyediakan Perkhidmatan yang anda langgani.
  • Untuk menguruskan akaun langganan anda.
  • Untuk menghubungkan anda kepada rakan perayauan kami.

(ii)Pengebilan

  • Untuk mengeluarkan bil bagi penggunaan perkhidmatan kami beserta kutipan pembayaran.
  • Untuk mengutip hutang atau mengesan mereka yang berhutang dengan kami hasil daripada penggunaan perkhidmatan kami.

(iii)Komunikasi bersama pelanggan

  • Untuk berinteraksi dengan anda apabila anda melawat mana-mana Digi Store kami.
  • Untuk menjawab sebarang pertanyaan atau kebimbangan yang mungkin ada terhadap Perkhidmatan kami.
  • Untuk memantau dan merakam komunikasi kami bersamaanda bagi tujuan latihan dan jaminan kualiti.

(iv)Peningkatan Perkhidmatan

  • Untuk mengurus jumlah panggilan, teks, perayauan, dan penggunaan Perkhidmatan kami yang lain untuk pengalaman yang lebih baik.
  • Untuk menyelesaikan masalah teknikal dan meningkatkan ketersediaan rangkaian.
  • Untuk menyediakan Perkhidmatan yang lebih menarik dan relevan.

(v)Mesej Perkhidmatan

  • Untuk menghantar maklumat terkini tentang langganan, manfaat, dan ganjaran anda.
  • Untuk memaklumkan perubahan pada terma dan syarat kami atau gangguan perkhidmatan.
  • Untuk menghantar pesanan khidmat masyarakat sama ada daripada pihak kami atau bagi pihak badan berkanun dan/atau pihak berkuasa.

5.2Untuk menghantar bahan pemasaran dan memperibadikan Perkhidmatan kami kepada anda

(i)Pemasaran

  • Bergantung kepada sejauh mana persetujuan yang diperoleh daripada anda, untuk menghantar bahan promosi yang berkaitan dengan Perkhidmatan kami, atau mempromosi Perkhidmatan rakan kongsi kami atau pihak ketiga yang kami fikir mungkin menarik minat anda melalui panggilan telefon, SMS, e-mel dan notifikasi.
  • Kami menyesuaikan mesej yang dihantar berdasarkan Perkhidmatan yang anda langgani daripada kami pada masa lalu, atau maklumat yang kami dapati daripada pihak ketiga.
  • Anda boleh mengawal penerimaan bahan pemasaran dan data yang kami gunakan untuk menyesuaikan bentuk komunikasi pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut mengenaiperkara ini dan cara untuk menghalang penerimaan mesej pemasaran, sila rujuk bahagian 'Apakah Hak Anda?' di bawah.

(ii)Pengiklanan atas talian

  • Untuk mensasarkan kempen pemasaran dan pengiklanan kami (dan rakan kongsi kami) dengan lebih efektif dan menjadikan pengalaman dalam- talian anda lebih efisien serta menyeronokkan. Strategi ini dikenali sebagai pengiklanan berasaskan minat sama ada di laman web milik Digi, organisasi lain dan juga saluran media dalam talian yang lain seperti laman media sosial. Kami juga menggabungkan data yang dikumpul melalui kuki dengan data lain tentang anda yang telah dikumpulkan.
  • Untuk mengelakkan sebarang pemprosesan maklumat, anda boleh menukar tetapan kuki anda. Rujuk pada ‘Notis Kuki’ kami untuk maklumat lanjut.
  • Memilih keluar daripada pengiklanan berasaskan minat tidak menghentikan penerimaan iklan. Anda masih melihat paparan iklan, cuma iklan tersebut tidak disesuaikan dengan minat anda. Untuk berhenti menerima iklan di media sosial anda, pergi ke tetapan platform yang berkaitan.

5.3Untuk menjalankan penyelidikan dan analissis

(i)Untuk menyelidik, memantau dan menganalisis penggunaan pelanggan terhadap Perkhidmatan kami secara anonim atau peribadi, bagi mengenal pasti trend umum, menjalankan kaji selidik pasaran, analisis pemasaran dalaman, kumpulan pelanggan, membangunkan Perkhidmatan baharu, dan meningkatkan pemahaman kami mengenai corak, tingkah laku serta pilihan pelanggan.

(ii)Untuk membuat statistik agregat mengenai jualan, trafik rangkaian pelanggan, corak lokasi dan demografi pelanggan kami. Statistik agregat tersebut tidak termasuk maklumat yang boleh mengenal pasti anda secara peribadi.

5.4Untuk melakukan pemeriksaan kredit, pencegahan penipuan dan langkah-langkah keselamatan

(i)Pemeriksaan kredit

  • Untuk menjalankan pemeriksaan kredit apabila anda mendaftar untuk mana-mana Perkhidmatan kami.
  • Untuk bertukar maklumat tentang anda dengan agensi pelaporan kredit semasa tempoh urusan kami dengan anda. Perkara ini termasuk akaun anda yang telah diselesaikan atau hutang lain yang tertunggak dengan kami. Maklumat tersebut boleh dibekalkan kepada organisasi lain oleh agensi pelaporan kredit.

(ii)Pencegahan penipuan dan keselamatan

  • Untuk mengesahkan identiti anda apabila anda meminta akses ke akaun anda dan bagi tujuan pengurusan akaun secara umum. Kami juga akan meneliti maklumat yang kami terima tentang anda dengan maklumat daripada sumber lain untuk menilai ketepatan maklumat yang kami peroleh.
  • Untuk mengesan dan menghentikan aktiviti penipuan menggunakan rangkaian kami (dan rangkaian rakan kongsi perayauan kami).
  • Untuk mencegah dan menghalang potensi ancaman keselamatan siber terhadap system, rangkaian, dan Perkhidmatan kami.
  • Untuk melindungi akaun anda daripada akses tanpa kebenaran, penipuan, penyalahgunaan atau kerosakan pada Perkhidmatan kami.
  • Untuk menyiasat aktiviti atau transaksi akaun yang mencurigakan semasa anda menggunakan Perkhidmatan kami.

5.5Untuk membantu penilaian skor kredit alternatif

(i)Membina model skor kredit alternatif

  • Melakukan pertukaran data dan pemadanan data dengan agensi pelaporan kredit untuk membina pengesahan skor alternatif atau model skor kredit, di mana Data Peribadi anda tidak akan diberikan kepada agensi pelaporan kredit tanpa persetujuan anda. Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, dan cara untuk menghalang pemprosesan Data Peribadi anda, sila rujuk bahagian 'Apakah Hak Anda?' di bawah.
  • Untuk membuat statistik agregat atau (insights) mengenai corak tingkah laku pengguna, seperti kekerapan perayauan, jumlah perubahan peranti, jenis atau jenama peranti, kaedah pembayaran, saluran pembayaran, pengebilan automatik, jumlah pembayaran lewat, dan jumlah pengehadan. Statistik atau (insights) akan dikongsikan dengan agensi pelaporan kredit yang bekerjasama dengan kami, tetapi tidak termasuk maklumat yang dapat mengenal pasti anda secara peribadi.

(ii)Membantu penilaian skor kredit alternatif kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga

  • Jika anda telah bersetuju, Digi memberikan maklumat tingkah laku pengguna yang berkaitan dengan anda, untuk pengiraan skor kredit, yang digunakan oleh institusi kewangan sebagai parameter tambahan dan tidak menentukan jika anda menunjukkan minat terhadap perkhidmatan mereka. Digi memproses maklumat tingkah laku pengguna hanya pada tarikh yang ditentukan – bukan untuk masa lalu atau masa hadapan.
     

6.   DENGAN SIAPA KAMI KONGSIKAN?

Kami bekerjasama dengan rakan kongsi dan penyedia perkhidmatan untuk pelbagai tujuan perniagaan. Oleh yang demikian, jika berkenaan, kami berkongsi maklumat mengenai anda bersama:

6.1Afiliasi: Kami berkongsi Data Peribadi anda dengan Kumpulan Telenor untuk aktiviti pemprosesan yang disenaraikan dalam bahagian ‘Bagaimana Kami Mengunakannya’ di atas.

6.2Rakan Perayauan: Kami berkongsi Data Peribadi anda dengan rakan perayauan apabila anda memilih untuk membuat perayauan menggunakan rangkaian tempatan atau luar, demi memudahkan atau memperluaskan Perkhidmatan kami supaya kami dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda.

6.3Rakan Kongsi Perniagaan: Kami bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memberikan perkhidmatan yang anda langgani, termasuk ejen penjualan dan penghantaran pakej bagi pihak kami.

6.4Penyedia Perkhidmatan: Kami berkongsi Data Peribadi anda kepada penyedia perkhidmatan seperti vendor IT yang menguruskan sistemkami, dan aplikasi pihak ketiga atau media sosial yang anda pilih untuk dihubungkan dengan Perkhidmatan kami, sehingga membolehkan anda menggunakan Perkhidmatan yang dilanggan. Kami juga menggunakan agensi pelaporan kredit dan agensi kutipan hutang berkaitan dengan Perkhidmatan kami.

6.5Rakan Pemasaran: Kami berkongsi Data Peribadi anda dengan rakan pemasaran dan pengiklanan untuk membawakan kandungan yang bersesuaian dan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda.

6.6Penyelidik: Kami berkongsi Data Peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan penyelidikan atau analisis statistik dalam membantu kami memahami cara anda menggunakan Perkhidmatan kami.

6.7Penasihat & Penyiasat Professional: Kami menggunakan perkhidmatan penasihat profesional mengenai perkara yang berkaitan dengan Perkhidmatan kami, termasuk penasihat undang-undang, akauntan dan juruaudit. Kami juga akan memberikan maklumat kepada penyiasat penipuan jika tindakan tersebut munasabah untuk tujuan melindungi kami daripada penipuan, mempertahankan hak atau harta kami, ataupun melindungi kepentingan pelanggan kami.

6.8Penguatkuasaan Undang-undang: Kami mungkin perlu memberikan Data Peribadi anda bagi mematuhi perundangan dan memenuhi tuntutan undang-undang pihak berkuasa. Data Peribadi anda hanya akan diberikan bagi tujuan yang sah, iaitu apabila kami diwajibkan untuk berbuat demikian, berdasarkan undang-undang dan menuruti penilaian menyeluruh terhadap semua keperluan undang-undang.

6.9Pihak lain: Jika anda terlibat atau berkaitan dengan proses perundangan, atau syarikat kami mengalami rombakan atau dijual kepada organisasi lain, kami akan memberikan Data Peribadi anda kepada pihak yang berkenaan.

Jika anda membeli produk atau perkhidmatan pihak ketiga melalui akaun Digi anda secara sendiri, kontrak anda adalah bersama pihak yang menjual produk atau perkhidmatan tersebut. Berdasarkan urusan ini, anda bersetuju bahawa Digi boleh memberi Data Peribadi yang tertentu (bagi tujuan yang disenaraikan di bahagian ‘Bagaimana Kami Mengunakannya’) kepada pihak-pihak tersebut untuk melengkapkan pembelian anda. Terma dan syarat, polisi privasi dan notis kuki daripada pihak tersebut akan diguna pakai bagi cara mereka menggunakan Data Peribadi anda. Oleh itu, sila baca dengan teliti.

Apabila kami berkongsi Data Peribadi anda, kami akan memastikan penerima akan melindungi privasi anda, menyimpan maklumat peribadi anda dengan selamat serta memprosesnya mengikut undang-undang dan notis privasi ini.

Kami tidak akan menjual Data Peribadi anda yang kami proses kepada pihak ketiga tanpa persetujuan anda.
 

7.   BERAPA LAMA KAMI SIMPAN?

Kami akan menyimpan Data Peribadi anda selagi perlu bagi tujuan yang kami kumpulkan dan memprosesnya, kecuali apabila tempoh penyimpanan yang lebih panjang diperlukan oleh undang-undang Malaysia. Maklumat anda akan dipadamkan mengikut Jadual Pengekalan kami di bawah.
 

Jenis Maklumat

Tempoh Pengekalan

Kesahihan Pengekalan

Maklumat berkaitan akaun pelanggan

Penutupan akaun + 7 tahun

  • Akta Limitasi 1953 bagi tuntutan undang-undang
  • Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 bagi penyimpanan rekod

Maklumat berkaitan bil dan kewangan pelanggan

Penutupan akaun + 7 tahun

  • Akta Limitasi 1953 bagi tuntutan undang-undang
  • Akta Audit 1957 bagi tujuan audit
  • Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tujuan percukaian
  • Akta Syarikat 1965 bagi penyimpanan rekod

Maklumat berkaitan rangkaian dan lokasi

Tarikh aktiviti rangkaian + 1 tahun

  • Kepentingan perniagaan yang sah bagi tujuan pemantauan rangkaian dan pencarisilapan (troubleshooting)
  • Mematuhi undang-undang bagi tujuan penyiasatan

Maklumat berkaitan penggunaan laman web dan aplikasi

Tarikh penggunnaan + 1 tahun

  • Kepentingan perniagaan yang sah bagi tujuan pemantauan dan pemperibadian (personalisation)

Jawapan kaji selidik dan penyerahan pertandingan

Pengakhiran tujuan + 1 tahun

  • Kepentingan perniagaan yang sah bagi tujuan penyelidikan and pemasaran

Komunikasi pelanggan

Tarikh komunikasi + 2 tahun

  • Kepentingan perniagaan yang sah bagi tujuan latihan dan kualiti
  • Mematuhi undang-undang bagi tujuan penyiasatan

Rakaman CCTV di premis Digi

Tarikh rakaman + 30 hari

  • Kepentingan perniagaan yang sah bagi tujuan keselamatan
  • Mematuhi undang-undang bagi tujuan penyiasatan


8.   BAGAIMANA KAMI LINDUNGI?

Kami mempunyai pasukan keselamatan yang sentiasa mengkaji semula dan memperbaiki langkah keselamatan untuk melindungi Data Peribadi anda daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak disengajakan, pengubahan atau pelupusan.

Kami tidak akan meminta Data Peribadi atau maklumat akun anda dengan cara yang tidak dijangka. Anda bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan Data Peribadi dan maklumat akaun anda dan tidak berkongsi dengan orang lain.

Laman web kami mempunyai pautan ke laman web pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kandungan laman web pihak ketiga tersebut. Pastikan anda membaca notis privasi dan kuki organisasi tersebut sebelum menggunakan atau memberikan Data Peribadi anda di laman web mereka.


9.   ADAKAH KAMI PINDAHKAN?

Apabila kami perlu memindahkan Data Peribadi anda ke negara di luar Malaysia untuk tujuan pemprosesan, kami akan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya demi memastikan Data Peribadi anda dilindungi secukupnya (khususnya bagi negara yang mungkin tidak menyediakan perlindungan yang sama seperti di Malaysia). Hal ini termasuk mempunyai perjanjian undang-undang yang sah yang meliputi pemindahan data dan menjalankan pemeriksaan keselamatan data bagi mana-mana penerima untuk memastikan bahawa Data Peribadi di negara tersebut tidak akan diproses dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang perlindungan data yang diamalkan di Malaysia.


10.   APAKAH HAK ANDA?

Anda mempunyai hak terhadap Data Peribadi anda yang diberikan kepada kami. Hak privasi anda termasuk:

10.1Hak untuk menarik balik persetujuan: Anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan yang anda berikan kepada kami untuk mengguna, memproses atau berkongsi Data Peribadi anda dengan menghubungi kami atau berurusan di Digi Store pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, menarik balik persetujuan yang telah dilakukan akan menyebabkan kami tidak dapat memproses permohonan anda dan/atau memberikan anda Perkhidmatan kami.

10.2Hak untuk mengakses maklumat anda: Anda boleh meminta salinan Data Peribadi yang kami ada tentang anda dengan menghubungi kami atau mengakses maklumat tersebut secara terus melalui akaun anda di laman web Digi kami pada bila-bila masa.

10.3Hak untuk membetulkan Data Peribadi: Anda boleh meminta untuk membetulkan atau mengubah Data Peribadi anda yang tidak tepat dengan melakukannya di Digi Store atau melalui akaun anda di laman web Digi kami.

10.4Hak untuk menghalang pemprosesan:

(i)Anda boleh meminta kami untuk menggantung sementara aktiviti pemprosesan Data Peribadi anda apabila anda mempunyai kebimbangan terhadap ketepatan, legitimasi dan undang-undang dalam pemprosesan. Semasa tempoh penggantungan sementara, kami tidak dapat memproses permohonan anda dan/atau memberi anda perkhidmatan kami.

(ii)Anda boleh meminta supaya kami menghentikan aktiviti pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran. Jika anda tidak lagi mahu menerima kandungan mesej yang diperibadikan dan pemasaran daripada Digi, anda boleh memilih keluar pada bila-bila masa.
Sila ambil perhatian: Anda akan masih menerima mesej pemasaran untuk tempoh yang singkat selepas memilih keluar buat sementara waktu sehingga kami mengemas kini rekod kami.

(iii)Anda boleh meminta supaya kami berhenti atau tidak memproses Data Peribadi anda jika pemprosesan tersebut menyebabkan atau mungkin menyebabkan kerosakan atau tekanan yang tidak wajar kepada anda. Jika anda melakukan pilihan ini, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda dan/atau memberikan perkhidmatan kepada anda.

Untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda dalam simpanan kami adalah betul dan terkini, kami mungkin dari masa ke semasa menghubungi anda untuk mengesahkan ketepatan Data Peribadi anda dalam rekod kami. Walau bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan anda memberikan maklumat yang benar, tepat dan lengkap.


11.   BAGAIMANA DENGAN KANAK-KANAK?

Adakalanya kanak-kanak di bawah umur 18 tahun melanggan Perkhidmatan tertentu kami. Data Peribadi mereka akan diproses berdasarkan Notis Privasi ini.

Apabila Perkhidmatan yang dibeli untuk kegunaan keluarga digunakan oleh kanak-kanak bawah umur tanpa pengetahuan Digi, apa-apa maklumat yang dikumpulkan daripada penggunaan tersebut akan menjadi Data Peribadi pelanggan dewasa dan digunakan sebagaimana di bawah Notis Privasi ini.

Kami menggalakkan anda berada bersama anak-anak anda semasa mereka menggunakan Internet dan pada masa yang sama, memantau aktiviti dalam talian mereka.


12.   PERUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI INI

Digi berhak untuk meminda Notis Privasi ini dari masa ke semasa berdasarkan perubahan dalam keperluan perniagaan, perundangan dan penguatkuasaan serta undang-undang yang terpakai. Kami menggalakkan anda untuk menyemak semula notis ini secara berkala, supaya anda dapat maklumat mengenai sebarang perubahan yang dibuat dengan memeriksa tarikh kuatkuasa di bawah.

Sekiranya kami membuat keputusan untuk menggunakan atau mendedahkan maklumat yang mengenal pasti anda secara peribadi dengan cara yang berbeza daripada apa yang kami nyatakan dalam Notis Privasi ini pada masa kami mengumpul maklumat daripada anda, kami akan memberi anda pilihan mengenai penggunaan atau pendedahan baharu dengan cara yang sesuai, yang mungkin termasuk pilihan untuk memilih keluar.


13.   BAHASA

Selaras dengan keperluan undang-undang perlindungan data dan privasi Malaysia, Notis Privasi ini tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak konsisten atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.


14.   HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, kebimbangan atau aduan mengenaiNotis Privasi ini, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data melalui: