Pendaftaran layan diri membolehkan pelanggan melakukan pendaftaran kad SIM dari pengesahan hingga ke peringkat pengaktifan. Melalui proses pendaftaran layan diri ini, pelanggan boleh mendaftarkan kad SIM yang dibeli dan melakukan pengesahan ID dan swafoto melalui penyemak imbas web (kod QR) melalui kamera pada peranti mudah alih sendiri.
Self-Registration Support
- Pastikan anda mempunyai kurang daripada 5 kad SIM prabayar berdaftar dengan ID anda.
- Pastikan anda mempunyai salah satu ID sah berikut:
- Kad Pengenalan Malaysia (MyKad)
- Paspot
- ID MyKad
- ID MyTentera
- ID MyPR
- Pastikan telefon mudah alih anda dihubungkan ke internet untuk melakukan pendaftaran, sama ada menggunakan WiFi atau data hotspot/mudah alih.
- Pastikan anda mempunyai kamera aktif pada peranti anda untuk kegunaan pendaftaran.
Pastikan anda mempunyai sambungan Internet untuk melakukan pengaktifan. Sediakan kad pengenalan dan pastikan anda berada di tempat yang terang dan jelas.
Langkah 1: Imbas Kod QR di bahagian belakang pek SIM untuk mengakses halaman pendaftaran SIM.
Langkah 2: Imbas kod bar pada pek SIM untuk mendaftarkan pek SIM.
Langkah 3: Setelah pengesahan berjaya, imbas ID anda.
Langkah 4: Setelah pengesahan ID berjaya, lakukan swafoto pengenalan wajah.
Langkah 5: Anda akan dibawa ke skrin penyelesaian.
Anda boleh memasukkan kad SIM ke dalam telefon. Anda akan menerima SMS pengaktifan SIM dalam masa 2-5 minit.
Ya, hanya dokumen yang sah dan asli sahaja yang dibenarkan untuk meneruskan proses pendaftaran.
- Kad Pengenalan Malaysia (MyKad)
- Paspot
- ID MyKas
- ID MyTentera
- ID MyPR
Tidak, pelanggan tidak dapat membuat pengubahsuaian manual pada perincian mereka setelah diimbas. Walau bagaimanapun, anda boleh mengimbas semula ID anda sekiranya maklumat yang dipinda sebelumnya tidak betul.
Untuk pengguna pasport, anda perlu memasukkan alamat tempatan anda secara manual.
Kesalahan yang berlaku | Apa yang anda perlu lakukan? |
---|---|
a. Kod Bar SIM telah wujud dalam sistem. | Kad SIM yang anda cuba imbas telah didaftarkan sebelum ini. Sila kunjungi Digi Store berdekatan untuk bantuan selanjutnya. |
b. Maklumat/butiran yang diimbas dari ID saya tidak sepadan dengan ID saya. | Teruskan untuk mengimbas semula ID untuk memastikan bahawa butiran yang betul telah diimbas. |
c. Pengecaman Wajah gagal. | Pastikan anda berada di kawasan yang terang dan lakukan semula swafoto pengenalan wajah |
d. Pemeriksaan kelayakan gagal dengan mesej: "Kami tidak dapat meneruskan permintaan anda. Untuk bantuan lebih lanjut, sila kunjungi Kedai Digi berhampiran anda. " | Sila hubungi wakil Khidmat Pelanggan kami atau Kunjungi Kedai Digi terdekat untuk mendapatkan bantuan |
Anda boleh menghubungi wakil khidmat pelanggan kami di 016-2211800 atau terus masuk ke mana-mana kedai Digi untuk mendapatkan bantuan.